salam,,,
bagi yang mungkin tak berapa jelas isu Lahad Datu nih, mungkin ni dapat bantu sikit...
9 Februari - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.
14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.
5 mac - Pasukan Keselamatan telah melancarkan serangan terhadap pihak penceroboh.
Sumber- BERNAMA, MALAYSIA KINI
~semoga MALAYSIA akan kembali aman~
SELAMAT SEJAHTERA
Tuesday, 5 March 2013
Monday, 4 March 2013
LOVE MALAYSIA (Pencerobohan di Lahad Datu)
salam...
Kepada yang mungkin tak mengikuti perkembangan atau dengan erti kata lain "tak amek tau pasal isu semasa"...ingin sekali sy mengingatkan agar mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada
Pejuang2 Negara yang telah terkorban dalam pertempuran di LAHAD DATU & SEMPORNA...
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
Kepada yang mungkin tak mengikuti perkembangan atau dengan erti kata lain "tak amek tau pasal isu semasa"...ingin sekali sy mengingatkan agar mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada
Pejuang2 Negara yang telah terkorban dalam pertempuran di LAHAD DATU & SEMPORNA...
~ Al-Fatihah~
LAPORAN SEMASA
9.45am: Menurut ABS-CBNnews, sebelum serangan, pagi ini Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, memberitahu radio dzMM bahawa dia tidak risau dengan rancangan kerajaan Malaysia untuk membawa lebih ramai tentera ke Sabah untuk membanteras mereka.
Azzimudie berkata dia dan tenteranya akan tidak akan berganjak walaupun kerajaan Malaysia dan Filipina telah berulangkali menggesa mereka supaya menamatkan pencerobohan tersebut.
"Ini adalah masa. Kami perlu komited untuk memperjuangkan hak kami. Saya meminta mereka (Filipina) melakukan sesuatu untuk menyokong kami.
"Mereka tidak boleh menakutkan kami kerana kami berjuang untuk hak kita - hak Bangsa Sulu dan secara umum, rakyat Filipina. Iaitu, jika kerajaan Filipina masih menganggap kami adalah rakyat Filipina," katanya.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.
Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sula pada 1906 .
Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.
9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.
"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.
Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara. Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.
8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.
Serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.
Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.
Di Felda 16, kira-kira 20 kilometer dari Kampung Tanduo dilaporkan letupan ketiga paling kuat sehingga menggegarkan cermin kafe Residental Felda Sahabat tempat wartawan menginap.
Dua helikopter Nuri kelihatan melalui ruang udara kawasan itu.
Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.
Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.
"Semoga semua akan kembali aman."
Sumber : Malaysia Kini 05/03/2013
Wednesday, 27 February 2013
KEHEBATAN PISANG
"PISANG UNTUK SEMUA"Assalamualaikum....
PENGENALAN
Pisang merupakan sejenis buah-buahan yang terhasil dari pokok berbatang lembut.
Terdapat beberapa jenis pisang yang kita boleh ketahui seperti :
- pisang nipah
- pisang awak- dan saye
- pisang tanduk
- pisang abu - bakar ella
- pisang 40 hari - tempoh edah
- pisang emas - dibawa belajar
- pisang berangan - angan Mat Jenin
- pisang nangka
- pisang raja
dan beberapa lagi jenis pisang yang aku sendiri tak tau....
PERSOALANNYA : kenapa kite perlu makan pisang??????
PERSOALANNYA : kenapa kite perlu makan pisang??????
INI LAH SEBAB- MUSABAB NYE wahai pecinta pisang sekalian....
oleh yang demikian , marilah kite membeli / menanam dan memakan pisang!!!
terima kasih.
xoxo
IMPORTANT ANNOUNCEMENT
salam..
entri-entri yang terdapat dalam blog BEBA ini adalah merupakan entri pada blog KERTAS PUTIH.
semua nya sama. Ia telah dipindahkan berikutan masalah-masalah peribadi yang bergolak di dalam blog tersebut.
Sekian, Terima kasih....
xoxo
Sape punye blog sengkek nih??
Salam..
name blog pun Ordinary...so, maksudnye aku ni orang biasa-biasa je...takde sape pun kenal aku dekat alam maya yang serba moden dan canggih nih. mesti orang kate,,"org lain nk buat blog,ko pun nk buat blog jugak.." aku jawab..."ade aku kisah?".....tapi sebenarnye dalam hati aku menghentak-hentak (mcm nk gugur hati bile kena hentak)...hello,,aku ade blog la sebelum nih..tapi blog aku tu untuk jual barang je..cari duit tepi sikit..sebenarnye tak laku pon barang aku tuh..kui kui kui!!!.....tapi tak kisah lah..yang penting aku bukan nye out-dated sgt smpai tak tau blog tu ape...kannn.....
sekarang ni umur aku muda belia lagi,,klo nk masuk politik2 nih,,aku tergolong dalam kategori "puteri UMNO" atau mungkin "puteri PAS" atau jugak "puteri PKR" atau....ahhh!!!...yang pasti aku part puteri lah..
keje dah pun..tak payah la korang nk tau aku keje sebagai ape..sbb nnti korang mati terkejut..aku taknak tanggung risiko..haha..cukup la korang tau yang aku dah kerja..almost 2 years....lame kan?..haha..klo aku nk mintak keje tempat lain,,dah boleh demand nih..tapi aku rase mcm tak confident je nk demand lebih2..maklumlah,,aku ni humble orang nye..baik pekerti..nk mintak lebih2 ni mcm aku nih dah hebat bebenor....walhal aku ni umpama gadis kecil yang baru belajar hidup..tp klo aku tak demand, sape nk bayar installment kete Proton Saga FLX warna Gold aku yang tercinta tu??..puihh!!..."terpaksa" la aku demand lebih sikit kan....
nak cerita panjang pasal siapa aku pasti akan membuatkan korng rase mcm nk shut down je PC/laptop/smartphone...so, aku rase nk stop sekarang...klo korang selalu bukak blog nih,korang mesti lebih kenal aku...ceh!!mcm la orang nk berkenalan dengan aku..okey lah..nk sambung keje nihh...(aku create blog mase tgh office hour..mati aku klo bos tau)..adioz gonzales!!!!!!.XOXO
| ni la "GOLDIEY" yang aku kene bayar setiap bulan...wahaha |
Tips Pembeli kekal sihat
orang dok sibuk fikir mcm mane nk sihat..nk makan suppliment ape,,nk bersenam gaya ape..bile petang2 atau malam2 aku pegi park..berduyun-duyun manusia tak kira saiz datang untuk bersenam..tak kurang jugak untuk senam mata..mane tidaknye, yang berjogging separuh naked tu ramai...aku pon tak amik port sangat benda tu..saje nk sebut dalam ni..bagi cerita nmpak best..sambung balik....
aku ke sana of course la nk jogging juge..ingat aku pegi jalan-jalan ke...tapi aku ni jenis yang tak kerap sangat..orang kate biasa-biasa je...jogging pun seminggu 2x je...klo rajin sikit 3x..klo malas..mmg takkan nampak muka aku dekat park tu seminggu dua..eh!korang bukan nak tau aku jogging ke tak..aku mcm dah lari topik lah...haha...i am sorry!..
suppliment2 dekat market sekarang ni mmg byk..dan mahal...yang murah2 kt tepi jalan tu bukan suppliment kesihatan ye adik2..tu suppliment lain...sendiri mau ingat ea...
tapi buat ape kite dok sibuk fikir ttg suppliment klo asas pun kite tak buat...kan?kan?..
skang ni aku nak cerita pasal AIR...korang selalu minum air ape??
-air paip yang dimasak
-air botol dekat kedai
-air tapisan bio aura
-air tapisan coway
-RO water!!-dekat lot2 kedai banyak kan....
semua air2 ni boleh minum..tapi aku cuma nk korang kenalpasti AIR MINERAL vs AIR MINUMAN
which one is mineral water and which one is drinking water???
PENUTUP BIRU/HIJAU -merupakan air mineral yang mane mengandungi bahan-bahan mineral yang
mampu meresap ke tubuh badan anda. selaunye diambil dari bawah
tanah,gunung-gunung,atau bukit2...
PENUTUP PUTIH - merupakan air minuman yang mana air tersebut ditapis dan tidak mengandungi
bahan-bahan mineral yang boleh membantu menjaga kesihatan tubuh badan anda.
maksudnye,,kalau korang air minuman,,itu cuma boleh menghilangkan haus je...
so,,from now on,,marilah kite bersama2 menjaga kesihatan tubuh badan kite yang nak pakai lame nih..
tengkiu!!..
LIFEstyle...
salam
baru-baru ni aku keluar dengan member2 sekerja merangkap member "huha-huha" bile dekat luar...bukan baru-baru ni je,,kiteorang mmg selalu keluar menghabiskan wang..ini pon kire lifestyle la kan...ingat orang lepak dekat starbucks je ke disebut sebagai lifestyle??....tu lifestyle orang2 kaya yang dah tak tau nk buat ape dengan duit dorang...1 cup coffee for rm14.00!!!!...what??!!!..klo dekat mamak tu cuma 1.20 je..siap ais gelas besar tau x!!!...tapi one fine day,,i'll be there..hang out with my friend which i call as dato' datin Tan Sri and Puan Sri,,,and that time..my name is Datin liya...woohhoooaaaa...berangan sakai lah!!..dato' celah batu mane la yang nk kawen ngan aku...tapi hopefully my lovely husband mase tu dapat anugerah dato'...aminn....haha
tapi buat mase ni,,kami hang out dekat mamak,,dekat KFC,,McD (MC Value Lunch/Dinner je),,Secret Recipe..(terpaksa pegi sini sebab kek die sedap banget!!!)...ni jelah tempat2 kami..tp ok la tu kannn.....
| ni anak buah aku..mizi name die |
| KFC 24hours.. |
| PapaRich ???....haha..ni ade urusan kerja lah.. |
| Domino's Pizza je punn... |
| tak payah tanye dekat mane..haha |
ni la selalu nye aku dengan member2 pegi..yang penting makanan sedap2!!!!
okey...thanx....xoxo!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)